MANFAAT DAN CABARAN PELAKSANAAN EKLEKTIF DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA.
Posted by NURUL AINA BINTI ZAKARIA .
Manfaat dan cabaran pelaksanaan falsafah eklektik
dalam perkembangan pendidikan di Malaysia.
πFalsafah Eklektik π
π» Gabungan atau panduan dari pelbagai sumber dan falsafah yang dipilih atau falsafah pendidikan yang tercipta dari pelbagai sumber.
π FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN π
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyuluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri,serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.
MANFAAT PELAKSANAAN FALSAFAH EKLETIK DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH MELALUI : π¨ FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANπ¨
Masyarakat Dan Pendidikan :
π« Usaha berterusan kerana falsafah eklektik membantu pembentukan falsafah pendidikan kebangsaan untuk memupuk pendidikan sepanjang hayat
π« Pendidikan melahirkan masyarakat harmoni,sejahtera dan makmur serta bentuk pendidikan ke arah menyumbang kepada kemakmuran negara.
Orientasi Ilmu :
π« Menyeluruh,bersepadu dan seimbang dengan memberi penekanan kepada standard kurikulum,pembelajaran dan prestasi.
π« Melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani seperti yang dinyatakan dalam falsafah pendidikan kebangsaan.
Pembelajaran Murid :
π« Mengembangkan potensi individu sepenuhnya serta mewujudkan pembelajaran yang aktif.
π« Meneroka dan membina pengetahuan,keterampilan serta akhlak modal insan.
π« Memupuk peranan bertanggungjawab terhadap diri,keluarga,masyarakat dan negara.
π« Dapat membina kesejahteraan diri dan bersedia untuk menjadi insan yang berjaya
Pengajaran Guru :
π« Guru mendidik secara berterusan sekaligus mengembangkan potensi murid secara menyeluruh,bersepadu dan seimbang dari segi rohani,jasmani,emosi dan intelek
π« Guru memainkan peranan sebagai "role model" seperti dalam Falsafah Pendidikan Islam yang mengamalkan pengajaran berpusatkan guru.
π« Pengajaran berorientasi eklektik merangkumi aspek pengetahuan,murid dan masyarakat.
Matlamat Pendidikan :
π« Melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan,berakhlak,bertanggungjawab,sejahtera.
π« Memberi sumbangan kepada keharmonian keluarga,masyarakat dan negara.
π« Melahirkan modal insan yang berpaksikan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan.
CABARAN PELAKSANAAN FALSAFAH EKLEKTIK DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
π© Keseimbangan
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, akhlak dan moral perlu dibina menerusi penghayatan nilai-nilai murni merentasi kurikulum.Malangnya,nilai-nilai murni ini telah diabaikan dan dilupakan.Tuntasnya,akhlak dan moral pelajar-pelajar semakin menipis dan dibawa arus kemodenan.Hal ini boleh dibuktikan apabila ramai pelajar menggunakan masa terluang mereka dengan perkara yang tidak berfaedah.Contohnya,pelajar lebih mengutamakan permainan alam maya berbanding pembelajaran mereka.
π© Keharmonian rohani,jasmani,intelek dan emosi
Pendidikan lebih mengutamakan kepentingan perniagaan,keuntungan,teknologi dan industri. Penekanan kepada potensi kreatif dan inovatif yang bersifat kebendaan sahaja.Maka,tidak hairanlah apabila sesetengah potensi sahaja yang berkembang.Oleh itu,tidak asing lagi apabila perkembangan pendidikan yang tidak seimbang akan melahirkan masyarakat yang kurang berfikiran jauh.
RUJUKAN
πhttps://educational-system.blogspot.com/2013/01/importance-of-electic-approach-in.html?m=1
πZaini Abdullah, (2021). Asas Falsafah Dalam Pembentukkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Vol 44,45,46.
πSaharia Hj. Ismail,(2015).Pembangunan Insan Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Journal of Human Capital Development.Kolej Universiti Islam Melaka.Vol 8 No.2




Comments
Post a Comment