PENGARUH CABANG FALSAFAH METAFIZIK, EPISTEMOLOGI, AKSIOLOGI DAN LOGIK TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA?


Posted by MUHAMMAD IQBAL BIN MAT AROH. 


PENGENALAN

😊Pendidikan merupakan tonggak kemajuan, sama ada kemajuan individu, masyarakat mahupun negara. Pendidikan juga menentukan corak manusia dan masyarakat. Manusia yang berpendidikan lebih berdisiplin berbanding manusia yang tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Antara aspek pendidikan sempurna dan bersistem ialah apabila digubal satu falsafah pendidikan yang seragam untuk semua bangsa dalam sebuah negara berdaulat.

😗 Usaha ini bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


PENGARUH CABANG FALSAFAH METAFIZIK, EPISTEMOLOGI, AKSIOLOGI DAN LOGIK TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALYSIA


Rajah 3.1 Falsafah: cabang, persoalan dan penyelesaian

😎Falsafah merupakan bidang ilmu yang mempunyai empat cabang yang berbeza tetapi saling berkaitan. Setiap cabang falsafah berfungsi untuk menyelesaikan persoalan yang berbeza. Cabang falsafah tersebut ialah metafizik, epistemology, aksiologi dan logic. Cabang-cabang ini juga memberi kesan terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.


💖 Metafizik


👀 Merupakan satu cabang yang mengkaji sesuatu yang berlaku di dalam dunia realiti

👀Membincangkan perkara-perkara khusus mengenai kesejagatan dan ketuhanan yang melibatkan aspek kebenaran dan kewujudan.

👀 Perlukan ketajaman fikiran untuk membuat perenungan bagi merealisasikan sesuatu yang berada di sebalik fizik yang ada. 


💖 Epistemologi


👀Perkara khusus tentang persoalan ilmu dan pengetahuan dari aspek perolehan, jenis, sumber dan kesahannya.

👀Menghuraikan tentang manusia sebagai makhluk berakal yang menggunakan pengetahuan yang diperolehi untuk mentadbir kehidupannya di bumi ini.

👀 Pengatahuan ini dilihat dari pelbagai sudut yang mencakupi agama, sains atau falsafah.


💖 Aksiologi


👀Membincangkan mengenai persoalan nilai yang terdiri daripada etika dan estetika untuk keharmonian dan keseimbangan kehidupan manusia.

👀 ETIKA        : Tatalaku manusia dalam kehidupan.

👀 ESTETIKA : Nilai Keindahan atau kecantikkan terhadap sesuatu yang ditanggap oleh panca indera manusia.


💖 LOGIK


👀 Khusus membincangkan tentang persoalan untuk membuat keputusan atau rumusan yang diambil secara tepat dan berkesan.

👀 Membabitkan dua jenis logik iaitu logik induktif dan logik deduktif.

👀LOGIK INDUKTIF : Penyataan yang bermula dari sesuatu yang bersifat khusus dan berakhir dengan sesuatu umum.

👀LOGIK DEDUKTIF : Penyataan yang bermula dari sesuatu yang bersifat umum dan berakhir dengan sesuatu khusus.


💢 PENGARUH TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA💢

1) KURIKULUM 💂


    Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah memberi banyak pengaruh terutamanya dalam bidang akademik. Contohnya, kesepaduan dan keseimbangan amatlah ditekankan dalam sukatan pembelajaran di Malaysia pada masa kini dengan mengutamakan unsur penggabungjalinan. Penggabungjalinan terbahagi kepada tiga bahagian kecil. Yang pertama adalah penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu matapelajaran. Antaranya ialah melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, mewarna dan sebagainya.

     Seterusnya penggabungjalinan antara kemahiran dari beberapa matapelajaran lain. Contohnya, pelajar mempelajari mengenai alam sekitar di matapelajaran sivik dan juga turut menggunakan ilmu tersebut di matapelajaran sains kerana topik tersebut saling berkaitan. 

    Akhir sekali, penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. Contohnya, menggabungkan kemahiran mengambil lajak dalam permainan lompat jauh dengan mengambil lajak dalam permainan lompat tinggi. 

    Selain itu, isu berkaitan penggabungjalinan quizizz dalam PDPr sejarah di mana ia mudah digunakan kerana guru boleh bina pelbagai bentuk soalan, masukkan gambaar, tidak mengambil masa yang lama, boleh google classroom dan telegram. Hal ini bertujuan bagi melahirkan individu yang seimbang terutamanya dari aspek JERI ( jasmani, emosi, rohani dan intelek ).



    Selain itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga membantu dalam memupuk budaya sains dan teknologi serta budaya keusahawanan dan perniagaan. Misalnya penganjuran program mahupun pertandingan berkaitan seperti “Hari Kantin” peringkat sekolah. Program macam ini dapat memberi pendedahan awal berkenaan budaya teknologi dan budaya keusahawanan kepada para pelajar. Hal ini kerana pada era kini, kita lebih berfokus kepada bidang teknologi maklumat serta bidang keusahawanan.




    Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga berfokus bagi memperkukuh bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan serta meningkatkan pendedahan dan penguasaan serta meningkatkan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris. Sebagai tambahan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah mempersiapkan para pelajar untuk mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Hal ini bertujuan agar para pelajar mampu berhadapan dengan pelbagai situasi yang mendatang.


2) INSTITUSI PENDIDIKAN 📚


ASRAMA


ARENA


DEWAN

    Seterusnya, pengaruh terhadap institusi pendidikan. Seperti yang kita sedai tahu institusi-institusi pendidikan di Malaysia telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas dan peralatan yang mencukupi serta sesuai bagi aktiviti berpusatkan murid-murid. Sebagai contohnya gambar di atas merupakan antara kemudahan yang terdapat di Universiti Malaya.

    Institusi Pendidikan di Malaysia sangat menitikberatkan kemudahan, kebersihan dan keselamatan bagi memastikan keselesaan para pelajar terjamin. Hal ini bertujuan agar murid mudah melakukan kegiatan harian di institusi pendidikan misalnya, kegiatan beriadah, kegiatan belajar dan banyak lagi.

    Di samping itu, cabang falsafah telah membantu dalam penyerapan nilai-nilai murni melalui aktiviti kurikulumm dan kokurikulum yang dianjurkan melalui pihak sekolah mahupun universiti. Contohnya kita boleh mempelajari dan meneladani nilai kerjasama dalam aktiviti berkumpulan di dalam kelas mahupun pembelajaran di luar kelas. Contoh yang lain boleh diambil adalah melalui aktiviti kokurikulum seperti perkemahan sekolah, para pelajar dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti menepati masa bertanggungjawab, amanah, cekap dan sebagainya.


3) GOLONGAN PENDIDIKAN 👫


Pengaruh seterusnya adalah terhadap golongan pendidikan. Pengaruh cabang falsafah terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia ialah melahirkan pendidikan yang sangat beriltizam dan berinovasi dalam mencapai aspirasi serta matlamat kebangsaan. Para pendidikan memegang tanggungjawab besar dalam memberi tunjuk ajar kepada para pelajar. Para pendidik turut berusaha bersungguh-sungguh bagi melaksanakan strategi pembelajaran dan pengajaran untuk lahirkan insan yang seimbang terutamanya dari aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. 
    
    Maka, para pendidik telah mencipta pelbagai inovasi dalam sistem pendidikan. Mereka juga berfikiran jauh dan matang dalam mencari satu perubahan bagi mencapai kemajuan negara kita dari masa ke semasa.



    Contoh usaha para pendidik dalam melaksanakan strategi pembelajaran dan pengajaran agar lebih berkesan, effektif dan mudah difahami oleh para pelajar adalah seperti pengajaran di luar kelas, penggunakan bahan lain seperti LCD, pengajaran dalam bentuk permainan dan sebagainya. Hal ini bertujuan bagi menarik minat para pelajar untuk lebih fokus terhadap topik yang dipelajari. 

    Sebagai tambahan, para pendidik juga turut meningkatkan kecemerlangan bagi menghadapi sebarang perubahan selari dengan sistem pendidikan. Sebagai seorang pendidik, mereka haruslah sentiasa untuk memperbaiki diri sendiri dan sentiasa mempunyai keinginan tinggi dalam mempelajari perkara baru. Hal ini bertujuan agar para pendidik sentiasa bersedia berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang berlaku di dalam sistem pendidikan.


💥RUJUKAN💥

Zaini Abdullah, (2021). Asas Falsafah Dalam Pembentukkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar. Universiti Pendidikan Sultan Idrid. Vol 37, 38.

Eliza Binti S.Razali, N. (2021, May 14). Pengaruh Cabang Falsafah Metafizik, Epistemologi, Aksiologi dan Logik Terhadap Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Blogger.Com. Retrieved December 29, 2021, from https://www.slideshare.net/MeenuMegala/implikasi-falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-guru?next_slideshow=1

Razali, R. (2017, April 22). Cabang-cabang Falsafah dan Pengaruhnya Terhadapnya Perkembangan Pendidikan Malaysia. Youtube. Retrieved Januari 4, 2022, from https://www.youtube.com/watch?v=BJCXUSoS_Aw&feature=youtu.be

 

 


















Comments