PENGARUH FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT (FPB) TERHADAP PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)




Posted by NUR ALIA AMANI BINTI BADRUL HISHAM.


Pengaruh Falsafah Pendidikan Barat terhadap pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

     ❔ Falsafah Pendidikan Kebangsaan membawa maksud suatu usaha atau inisiatif berterusan ke arah yang lebih baik untuk memperkembangkan potensi setiap individu secara meneyluruh demi melahirkan insan yang seimbang dan juga harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan juga jasmani (JERI). Selain daripada itu, FPK telah dirancang dengan begitu teliti serta mempunyai acuan dan rujukannya tersendiri. Antara yang terbaik ialah Falsafah Pendidikan Barat (FPB).

      👉  Tokoh-tokoh Falsafah Pendidikan Barat :




     💥 Falsafah Pendidikan bukan sahaja menjelaskan tentang asas kepada metafizik, epistemologi dan juga aksiologi tetapi turun membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan.

   💥 Falsafah pendidikan Barat juga dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu falsafah pendidikan tradisional Barat dan falsafah pendidikan moden Barat.


          👍  PERBANDINGAN ANTARA FALSAFAH  PENDIDIKAN BARAT TRADISIONAL DAN FALSAFAH PENDIDIKAN MODEN BARAT :

  💭   Orientasi ilmu

Falsafah Pendidikan Barat Moden

Falsafah Pendidikan Barat Tradisional

Kurikulum yang berasaskan keperluan dan juga minat murid.

Kurikulum yang ditentukan oleh guru, sekolah dan juga pusat

Hanya difokuskan kepada mata pelajaran sastera dan sains

Ianya umum


💭   Pengajaran guru

Falsafah Pendidikan Barat Moden

Falsafah Pendidikan Barat Tradisional

Jadual anjal dan pengurusan masa yang fleksibel.

Jadual tidak berubah atau tetap dan masa yang seragam.

Kepelbagaian dalam menghasilkan atau membina pengalaman bilik

Ianya umum


💭  Pembelajaran murid

Falsafah Pendidikan Barat Moden

Falsafah Pendidikan Barat Tradisional

Hanya menumpukan kepada penyelesaian masalah dan peranan individu.

Tumpuan terhadap pengetahuan dan maklumat sahaja.

Rancangan pengajaran disusun mengikut minat dan juga masalah murid.  

Rancangan pengajaran telah disusun berdasarkan topik oleh guru.





💯 ( BANDING BEZA FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT TRADISIONAL DAN MODEN )


👍 Pengaruh Falsafah Pendidikan Barat (FPB) terhadap pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
   

  💥   Falsafah membawa maksud sejarah dan juga setiap perubahan yang berlaku dalam aliran-aliran falsafah pendidikan yang cukup menarik untuk diambil pengajaran. Falsafah pendidikan barat juga mempunyai asas dalam falsafah umum. Seterusnya, ini membuktikan bahawa peranan pendidikan adalah perkara yang cukup besar dalam aspek pembangunan manusia dan tamadun.

            👉 Perenialisme

         Aliran falsafah Perenialisme ini dipengaruhi oleh pemikiran Plato (427-347 SM) dam Aristote (384-322 SM) yang telah berpendapat bahawa tujuan utama pendidikan ini adalah untuk mencari kebenaran yang berkekalan dalam tamadun manusia. Selain daripada itu, ahli-ahli Perenialisme ini juga mempercayai bahawa kebenaran adalah tulen dan asli iaitu bersifat secara menyeluruh dan tidak berubah. Seterusnya, pendidikan yang telah lama ada sejak dulu lagi perlulah dijadikan asas dalam pendidikan. 

          Ahli-ahli parennialisme berpendapat bahawa kebenaran yang menyeluruh ini membuatkan kurikulum adalah sama untuk murid. Ini bermaksud pendidikan adalah suatu perkara yang sama kepada semua orang kerana manusia mempunyai potensi yang sama. Ahli parennialisme juga mempercayai dimana ciri-ciri intelek yang wujud dalam diri manusia. Pada pendapat mereka, manusia adalah satu makhluk yang bersifat rasional dan sekolah pula merupakan agensi dan tempat masyarakat untuk melahirkan manusia menjadi rasional serta guru juga mempunyai kuasa autoriti di dalam kelas.  

    Matlamat dan tujuan pendidikan daripada mazhab ini adalah untuk sentiasa mengutamakan perkembangan potensi rasional individu, mencari prinsip mutlak serta memahami erti dunia yang sebenar serta mengajar pengetahuan nilai yang menyeluruh di mana hal ini berkait rapat dan bertepatan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana usaha adalah suatu yang berterusan. Selain itu, pendidikan secara berterusan ini akan melahirkan insan yang berguna untuk bangsa dan negara di samping dapat memupuk sifat cintakan ilmu dalam kehidupannya.

            Aliran parennialisme ini juga menitikberatkan serta mengutamakan kerasionalan dalam mengadakan matlamat dalam sistem pendidikan untuk sentiasa memperbaiki sistem manusia. Bidang industri turut memainkan peranan dimana ia seharusnya mengekalkan nilai kemanusiaan dan sikap yang baik bagi menghasilkan ahli masyarakat dan warganegara yang berguna selain mengejar kemajuan teknologi negara (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa 1986). Pemikiran yang dibawa oleh perennialisme ini membawa kesan yang besar dalam pendidikan dan juga falsafah pendidikan kebangsaan dimana negara akan melahirkan warganegara yang sentiasa mempunyai sahsiah diri yang baik, berakhlak dan juga beretika.

👉 Essensialisme

    Essensialisme ini muncul pada zaman Renaissance beserta ciri-ciri utamanya yang berlainan dengan progresivisme. Falsafah aliran ini juga mementingkan pembentukan peribadi seseorang dan juga kurikulum yang telah dibentuk dan disusun lebih kompleks. Falsafah ini juga mementingkan pembentukan peribadi dan kokurikulum.

     Seterusnya, ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan juga sikap adalah perkara yang penting kepada golongan muda. Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyediakan kurikulum juga berpusatkan kepada mata pelajaran. Aliran ini juga mengfokuskan kemahiran asas 3M pada peringkat rendah iaitu membaca, mengira dan menulis. Seterusnya, pada peringkat menengah pula menekankan mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa, Kesusateraan dan juga Ilmu Kemanusiaan. 

    Aliran falsafah esensialisme ini bertujuan untuk untuk menyampaikan warisan sejarah dan kebudayaan lama yang terkumpul dan berkekalan. Falsafah ini turut menekankan kepada sesuatu perkara yang asas sahaja iaitu apa yang diperlukan dan diketahui oleh seseorang individu untuk menjadi masyarakat yang produktif. Perkara ini juga boleh berubah dari masa ke semasa dan dengan itu esensialisme ini juga bersifat prakmatik dan juga produktif.

     👉 Progresivisme

    Aliran falsafah ini juga telah berkembang di awal abad ke 20. Pengajaran progressive ini juga menggunakan pendekatan secara induktif untuk mencapai matlamat pendidikan kerana pendekatan induktif ini tidak memerlukan teori tetapi memerlukan mereka membentuk penerangan atau kefahaman sendiri untuk menerangkan sesuatu fenomena yang telah didedahkan. Seterusnya, setiap individu yang dilahirkan dalam dunia ini mempunyai pelbagai kemahiran, minat dan juga bakat yang berbeza. Aliran falsafah pendidikan progresivisme ini juga meletakkan murid sebagai seseorang yang mampu untuk mengenal pasti minat dan keperluan mereka sendiri.

      Matlamat dan tujuan falsafah progresivisme ini adalah untuk menyediakan golongan murid supaya berupaya menampung sebarang perubahan yang akan berlaku dalam kehidupan mereka dan juga melahirkan golongan yang berkebolehan mencari alternatif pada sesuatu masalah yang timbul. Perkara ini juga berkait dengan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu dapat melahirkan masyarakat yang kaya dengan ilmu pengetahuan dan juga memperkembangkan potensi individu kearah yang lebih bertanggungjawab dan maju.

    Progresivisme juga menitikberatkan perkara yang melibatkan proses penyelidikan. Hal ini kerana negara akan dapat melahirkan individu yang inovatif dan juga sentiasa berdaya saing dengan negara lain. Fasafah pendidikan juga menyarankan agar para pelajar sentiasa kreatif supaya menjadi penyumbang dari segi aspek pembangunan teknologi negara. Perkara ini sekaligus dapat melahirkan individu yang berfikiran secara kreatif, kritis dan juga inovatif untuk negara pada masa akan datang.

    Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan masyarakat yang sempurna serta mempunyai nilai-niai murni yang baik dari unsur dalaman dan rohani. Hal ini kerana, kemajuan sesuatu negara tidak akan berhasil tanpa adanya agama. Oleh itu, program Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di rancang yang menggunakan kaedah berpusatkan murid untuk pembentukan Falsafah Pendidikan di negara ini. Program itu tersebut merupakan salah satu daripada hasil fahaman aliran falsafah ini. Natijahnya, falsafah progresivisme ini memberi banyak impak yang besar kepada pembentukan FPK.

     👉 Rekonstruksionisme

      Ahli- ahli rekonstruksiniosme bersetuju bahawa falsafah rekonstruksionisme ini memberi perhatian terhadap pembentukan semula masyarakat iaitu dari segi perubahan dan juga reformasi sosial. Ahli rekonstruksionisme ini juga melihat sekolah adalah sebagai pemangkin yang penting untuk membentuk manusia dengan lebih baik.

    Tujuan dan matlamat utama untuk melihat pengasasan corak budaya yang baru serta penghapusan penyakit yang meliputi isu sosial, eknomi dan juga politik yang berlaku. Oleh itu, sekolah perlu mempraktikkan kaedah pengajaran dan pembelajaran dimana murid diberi pendedahan terhadap suatu masalah yang berlaku dalam masyarakat. Para pelajar juga perlu dilatih untuk memperoleh kemahiran supaya dapat menangani masalah tersebut. Peranan guru adalah sebagai pembimbing murid dan peranan sekolah adalah untuk menggerakkan perubahan sosial, ekonomi dan juga politik yang sesuai pada masa yang akan datang.

      Elemen ini telah dinyatakan dalam falsafah pendidikan di Malaysia dimana fungsi fpk yang kedua dimana perkembangan potensi pelajar yang merujuk kepada bakat dan kemahiran yang lahir oleh kerana interaksi sosial dengan persekitarannya. Selain itu, melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk sentiasa bersedia dalam menghadapi cabaran hidup. Dengan itu, negara akan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan bertanggungjawab yang sentiasa berpegang pada nilai-nilai murni sebagai prinsip hidup.

    👉 Eksistensialisme

        Mazhab eksisitensialisme ini berpusatkan kepada fitrah kewujudan manusia. Selain itu, dengan kata lain juga manusia dianggap sebagai dilahirkan di dunia tanpa apa-apa tujuan (Keow, 2008). Ahli-ahli eksistensialisme melihat realiti adalah sebagai suatu yang bersifat subjektif dan boleh didefinisikan oleh sesetengah individu yang berkenaan sahaja. Fahaman aliran ini juga berpandangan bahawa seseorang individu bertanggungjawab terhadap matlamat dan arah tuju kehidupan mereka tanpa merujuk sebarang kuasa autoriti luar.

     Fahaman dan aliran daripada eksistensialisme ini juga berkait rapat dengan salah satu fungsi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di mana ingin melahirkan rakyat Malaysia yang sentiasa bertanggungjawab daripada pelbagai segi aspek kehidupan. Dengan wujudnya sifat tanggungjawab dalam diri seseorang, ianya akan memberi impak yang positif kepada negara dimana negara mampu melahirkan individu yang mampu menjalankan tugas dengan cermat dan berkualiti untuk mencapai perkembangan diri yang baik.

      Falsafah eksistensialisme juga meletakkan hasrat untuk melahirkan masyarakat yang maju serta sentiasa berani dan bersedia untuk menangani sesuatu masalah dengan tenang (Tajul, 1992). Jelaslah bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana ianya turut bersifat kepada aliran eksistensialisme manusia digalakkan untuk berkembang menerusi aspek potensi, bakat, minat dan juga emosi mereka. Hal ini juga telah disebut dalam beberapa elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana mereka mahukan masyarakat di Malaysia untuk bertanggungjawab terhadap matlamat dan arah tuju hidup serta mempunyai unsur JERI dalam diri iaitu jasmani, emosi, rohani dan juga intelek yang seimbang.


     Kesimpulan 

    Secara umumnya, falsafah barat ini juga memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan pendidikan di Malaysia. Selain itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga mengandungi beberapa ciri-ciri yang diterapkan daripada falsafah pendidikan barat. Falsafah pendidikan barat juga mempunyai dua bahagian yang berbeza iaitu falsafah tradisional dan falsafah moden.  Pendidikan di Malaysia juga menerapkan beberapa fakta dari falsafah pendidikan yang lain bagi mewujudkan satu sistem pendidikan negara yang baik dan mantap. Walaubagaimanapun, bukanlah semua falsafah ini dimasukkan dalam falsafah pendidikan kebangsaan tetapi hanya beberapa falsafah yang digabungkan dan diubahsuai mengikut keperluan negara kita dengan mengambil beberapa aspek-aspek yang penting sahaja dalam penggubalan falsafah pendidikan kebangsaan. Akhir sekali, maka tersimpul bahawa penggubalan falsafah Pendidikan Kebangsaan ini telah dikaji secara keseluruhannya bagi merealisasikan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan individu yang berguna dan berkualiti untuk kemajuan negara.


    📌 RUJUKAN

  • http://eprints.utm.my/id/eprint/14937/1/Implikasi_Falsafah_Barat_ke_atas_Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
  • Zaini Abdullah, (2021). Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  • https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/values-and-civilization-ii/implikasi-falsafah-barat-ke-atas-falsafah-pendidikan-kebangsaan/16546819
  • https://pdfslide.net/documents/falsafah-pendidikan-barat-55c1e8a7c8443.html



       


Comments