ISU SEMASA FALSAFAH DALAM PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

 


Dapatkan info yang lebih lanjut tentang:

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/08/846454/aktiviti-kokurikulum-masih-relevan-seiring-pdpr


Adakah kegiatan kokurikulum masih relevan ketika murid mengikuti pembelajaran secara dalam talian?

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kea rah memperkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

    Memandangkan dunia sekarang ini dilanda pandemik covid-19, serta hanya negara telah menerima impak besar. Contohnya, dalam sistem pendidikan negara terutamanya di Malaysia. “Adakah kegiatan kokurikulum masih relevan ketika mengikuti pembelajaran secara atas talian?” menjadi persoalan yang menarik dan hangat dalam kalangan masyarakat. Segelintir masyarakat mungkin berpendapat kegiatan kokurikulum adalah tidak wajib memandangkan para pelajar mengikuti pembelajaran secara atas talian. Namun hal demikian, kebanyakkan masyarakat terutamanya berpengetahuan tinggi percaya bahawa kegiatan kokurikulum amatlah penting bagi setiap pelajar bagi melahirkan para pelajar yang bukan sahaja celik pintar dalam kurikulum namun aktif dalam kegiatan kokurikulum.

    Kegiatan kokurikulum amat penting bagi melahirkan pelajar yang seimbang dan pada masa yang sama kegiatan kokurikulum mampu mengasah bakat terpendam yang ada dalam diri pelajar selari dengan tujuan utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pada pendapat saya keseimbangan kurikulum dan kokurikulum perlu dititikberat bagi mengelakkan beberapa isu seperti “ Pelajar straight A tidak mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana tidak melibatkan diri dalam kegiatan Kokurikulum. Kes-kes seperti ini telah banyak berlaku di negara kita dimana kebanyakkan pelajar yang cemerlang dalam akademik tetapi kurang dalam kokurikulum tidak mendapat tempat dimana-mana institusi pendidikan. Hal ini kerana institusi pendidikan di Malaysia mengutamakan palajar berkualiti yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Oleh demikian itu, para pelajar diwajibkan untuk menyertai kegiatan kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun institusi pendidikan walaupun hanya secara atas talian. Barisan guru mahupun pensyarah perlu menggunakan pemikiran kreatif dan inovatif untuk mengenalpasti cara yang bernas untuk meneruskan aktiviti kokurikulum. Contohnya menganjurkan permainan atas talian seperti quiz, permainan menguji minta seperti catur, pertandingan video pendek atau poster dan sebagainya agar para pelajar juga tertarik untuk melakukan aktiviti tersebut bersama-sama.



Dapatkan info yang lebih lanjut tentang :

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2021/02/790011/semak-semula-kurikulum-di-ipt-demi-survival-era-covid-19

Pendidikan adalah satu perkara yang berkait dengan kurikulum untuk pembentukan manusia. Contohnya seperti artikel yang dilampirkan di atas untuk menyemak semula kurikulum di IPT demi survival era COVID-19 adalah dengan mewujudkan kurikulum yang bersifat hibrid seperti program yang bersifat global untuk mengembangkan lagi minat seseorang individu seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan dalam elemen abad-21 iaitu melahirkan individu yang mempunyai pemikiran yang kritis, kreativiti, komunikasi dan juga kolebrasi.

Selain itu, melaksanakan program pembelajaran berasaskan berpengalaman di mana ianya dilakukan dengan belajar di universiti dan juga melakukan latihan industri tertentu bagi menambahkan kemahiran pelajar serta meningkatkan peluang survival pelajar pada era Covid-19 ini. Ini sekaligus dapat melahirkan individu yang sentiasa bersedia untuk mencipta pengetahuan baharu dan mencari penyelesaian masalah mengikut fahaman falsafah pendidikan barat iaitu progresivisme (aktiviti penerusan kehidupan masa kini).

Menerapkan pelbagai teknologi dalam pembelajaran baharu seperti pembelajaran digital terkini atau beberapa kemahiran baharu yang menggunakan teknologi serta memasukkan elemen kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bagi melahirkan individu selaras dengan kandungan falsafah pendidikan kebangsaan yang berilmu pengetahuan serta berupaya mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara.



Dapatkan info yang lebih lanjut tentang :

https://www.sinarharian.com.my/article/89369/BERITA/Nasional/Kepercayaan-kepada-Tuhan-bentuk-rakyat-Malaysia-berdaulat

Isu yang ditayangkan di atas adalah berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mana ianya terdapat dalam Rukun Negara dan diletakkan di kedudukan yang teratas.Ia diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.Hal ini menunjukkan kepercayaan kepada tuhan adalah merupakan satu elemen yang sangat penting dalam pembentukan identiti negara.Prinsip ini diletakkan di tempat yang pertama adalah untuk rakyat Malaysia berpegang teguh dengan kepercayaan dan agama masing-masing kerana Malaysia tidak akan menerima rakyat yang Atiesme iaitu rakyat yang menafikan kewujudan tuhan dan tidak berada dalam mana-mana agama.

Selain itu,isu ini juga turut berkait dengan falsafah Pendidikan Islam adalah kerana islam amat menekankan semua umatnya untuk dididik dengan ajaran islam sepenuhnya dari segi rohani emosi dan jasmani mereka sejak dari kecil lagi.Oleh itu pentingnya peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak supaya membesar dengan sempurna dari imannya,ilmunya dan amalnya. Seterusnya, apabila sudah masuk ke peringkat sekolah mereka akan dipimpin oleh para guru dan dipelajari dengan mata pelajaran agama islam yang mana ia merupakan mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar islam.Dalam mata pelajaran tersebut,para pelajar akan belajar tentang hukum-hakam syariat islam serta adab dan akhlak yang diajar oleh para nabi dan sahabat-sahabat baginda.Sementara itu,pelajar bukan islam diberikan mata pelajaran pendidikan moral dan tujuan kedua-dua mata pelajaran ini diberikan adalah sama iaitu untuk membentuk insan yang seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani seseorang tersebut.

Kesimpulannya, kedua-dua falsafah ini berkait adalah kerana secara tidak langsung ia akan membuatkan seseorang individu tersebut mempunyai sifat bertimbang rasa,menjauhi kejahatan dan melakukan sesuatu tindakan bijak dan wajar.Hal ini adalah kerana manusia akan rasa dipimpin apabila mempunyai Tuhan dalam agama masing-masing kerana tidak ada mana-mana agama yang mengajar umatnya untuk berbuat kejahatan atau kekerasan.Prinsip ini juga mengajarkan kita menghormati agama lain dengan tidak mencaci dan menghina agar hubungan persaudaraan kita saling terjaga suapaya sama-sama dapat memberi sumbangan kepada keluarga,masyarakat dan negara.



 

Dapatkan info yang lebih lanjut tentang :

http://epena.upsi.edu.my/index.php/2021/07/01/sinar-harian-i-25-mei-2021-i-guru-sumber-inspirasi-kepada-pelajar/

Secara umumnya, pendidikan bermaksud satu proses yang boleh memelihara dan membangunkan pelajar dari aspek jasmani, akal, bahasa, kelakuan dan sosial. Tidak akan berkembang sistem pendidikan tanpa adanya seorang guru. Menurut Kamus Dewan, guru ialah orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Ia juga boleh dimaksudkan dengan orang yang berpendidikan,berpengetahuan dan berjawatan. Maka tidak hairanlah apabila guru sentiasa dihormati dan menjadi tumpuan masyarakat. Sebagai seorang pelajar,sudah semestinya memperolehi kecemerlangan merupakan impian utama sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Pada pendapat saya, sebagai seorang guru, kita mestilah menunjukkan akhlak serta tingkah laku yang baik kepada pelajar. Hal ini kerana persekitaran pelajar juga merupakan salah satu faktor yang akan membantu pelajar untuk terus bersemangat. Selain itu guru juga boleh menceritakan kisah atau perjalanan yang penuh liku sebelum menjadi seorang guru. Ia akan memberi kesan yang baik kepada pelajar untuk mereka terus bersemangat serta berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan. Hal ini seiring dengan kriteria pengajaran guru dalam falsafah pendidikan kebangsaan iaitu guru sebagai role model.

Tugas seorang guru bukan sahaja pada ilmu yang diajarinya, malahan diukur dari segi kelakuan sahsiah dan bahasanya agar sentiasa menjadi model atau inspirasi.Tuntasnya,guru memainkan peranan yang amat besar iaitu mengajar,menyampaikan maklumat,memberi motivasi,menjadi contoh dan satu-satunya orang yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik pelajar secara berterusan dan seimbang sama ada dari segi intelek,rohani,emosi mahupun jasmani.

        
















Comments